Ida dan Jijie

Walaupon hidup penuh cabaran...kita harus tabah menghadapinya

Thursday, December 30, 2010

Ella - Standing in the eyes of the World

akhirnya kemarau 14 taun berakhir

Menang jua akhirnya pasukan Malaysia..taniah taniah taniah..syabas utk team anda..permainan bagos..teamwork yg padu...taniah pada goalkeeper dan defenders...berusaha menjaga serangan bertalu2 dari Indonesia...attackers yang bermain 1 2 pass...hebat la korang..semoga sukses slalu....

Tuesday, December 28, 2010

esok..bola piala suzuki AFF...indonesia vs malaysia

Akhirnya..pusingan kedua akan berlangsung esok...hurm hurm hurm..agaknya adakah Malaysia akan menang dengan aggregat???....
Abee cakap..bola tu bulat...mcm2 bulih berlaku...mcm kehidupan kita jugak...sometimes we are up of the world..sometimes down of the world...
Whateva pon...semoga berjaya pasukan Malaysia...chayok2..berusaha la...majulah sukan untuk negara...

How to adapt in new work environment?????

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari”- Saidina Ali Karramallahu Wajhah

Ahaks....rasernya xleh nk komen panjang2 pon...yg pastinya...kawan2 di tempat lama saya bekeje sy cuba utk xlupakan kenangan tersebut..yg indah jadikan kenangan..yg pahit pon jadikan pengajaran...ahaks....
Mungkin akan ada sahabat baru di tempat keje baru nie..chayok2 syahida..berusahala mencari teman kerja yang baru......




24 disember 2010

Pagi yg indah tu...ida n jiji bercinta2 an menaiki kenderaan menuju ke Polisas...JMSK..here i come again...ader jamuan farewell party..ahaks...tengkiu jmsk polisas...paling besh..ayat Pn S..awak x rindu kt saya ke syahida????......jeng jeng jeng...konpius aku...hanya sekadar tersenyum sengih sengih...hahaha..sempat la jugak setelkan TNB..PPD...anto kunci kuates...
Pastu...bahagi2kan pulut kuning kt jmsk polisas....huhuhuhu...akhirnya aku tinggalkan jua polisas...u r always in my mind...kt pszma ni..okai..bukan x okai...cuma camtu la...masalah problem aku yg paling utama adalah...aku cam malas nk start conversation...selama lebey seminggu ni..aku x penah lagi aku g makan2 ngn dak2 kt sini..paling tinggi pon aku pesan tapau jer makanan kt aku...
Lawak plak rasernya...rupa2nya susah jgk nk cari kawan2 baru yg sekepala nie....



Balik malam tu..tiba2 mama gtaw...esok nk turun kedah..g jmpe famili nadzirah..kami awai2 lagi surrender..x larat daa woo...sob sob sob...


25 disember tu...dalam kol 2 tu..kami siap2 nk g tgk wayang..Hantu Kak Limah Balik Umah..hahahhaa..mmg lawak...selain itu..ader upacara terbesar berlaku dalam family kami..mama n the gang on the way ke kedah utk merisik bakal adik ipar kami..ahaks...Ahad..26 dis tu..akhirnya termaktub secara rasmi..kami dapat bakal adik ipar baru..hikhikhik..sowi la..kami x leh hadir...
peace...ahaks...lalalala

Monday, December 20, 2010

weekend 17 - 18 disember 2010

weekend baru2 nie...ida abee dak azwa mama cik ana yuni n apiz bersuker suker an di kuantan...lepak2 kt ECM..pastu kami2 layan Tron Legacy 3D..ahaks....besh2...i likee...lalala
dalam waktu yg sama..ida n abee siap2 packing barang2 yg nk pindah..hikhikhik...
Malam....mama banjer kami2 ni mamam kt Ana Ikan Bakar..Tg Lumpur...besh2..alamek..gmbo tu ader ngn abee la..cmne nk upload ni..sob sob sob

Esok paginya..kami sumer bermandi2 an di Bukit Gambang Resort...lalala..mamam pg kt restoran Zaman, Gambang..pastu petang siap2 mandi..balik paka smule...
abes akhirnye cuti ujung minggu...tggu cuti krismas plak nti...lalala

TRON: LEGACY Official Trailer # 3

misi mencari umah sekitar dungun n paka

Ahaks...dapat transfer..maka misi mencari umah sewa pon bermula...hahaha...lawak2..nk carik umah sendiri..tggu stabil cket la..ahaks..sekarang ni ida n abee menumpang kt umah mama..cian mama...kami tulun menyempitkan ruang kt sana..hahahahaha..peace mama...lalala

Sunday, December 19, 2010

Maher Zain - Thank You Allah with Lyrics

16 disember 2010

Rgstr kt poli dungun..ahaks...stay kt umah mama dulu..lalala
Here i come poli dungun.....

musim gembira...dapat tukow poli...

Assalammualaikum wbt...
Lamer gaks x update blog nie..windunye nk menulis..tp bz sgt..x smpt nk update...
Alhamdulilah...tanggal 13 disember 2010...dapat surat dari BKP..aku dapat tuko ke Poli Dungun..huhuhuu...bia betik?...cam x pecaya ajer nie...realiti atau fantasi kah ini?....
Yer..ini bukan fantasi..mmg realiti..dapat tuko poli..amin...terima kasih ya allah ya tuhanku...sekian lama berjauhan ngn abee..akhirnye..bulih stay skali..sob sob sob...alhamdulilah....
Semoga 2011 membawa lagi sinar kebahagiaan kami dengan memberikan kami cahaya mata yg kami idam2kan...amin...

Monday, December 6, 2010

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Renungan bersama2...khas untuk ida n jiji

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Kenapa aku diuji...

 http://akhyadi.blogspot.com/2009/02/kenapa-aku-diuji.html

KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3

•Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?

• Surah Al-Baqarah ayat 216

• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
• Surah Al-Baqarah ayat 286

• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?
• Surah Al-Imran ayat 139

• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200

• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45

• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129

• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
• Surah Yusuf ayat 87

• dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86

• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah
(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungkan segala sesuatu.

• Mari kita berbenah dan terus berbenah..untuk memepersembahkan yang terbaik
dalam masa hidup kita...
Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...
Dimanapun. kapanpun dan dengan siapapun..selama ALLAH SWT
menjadi "..just The ONE goal..“ Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.


Ida berkata:
Setiap manusia ini x lari daripada ujian...setiap ujian ader hikmahnya..sabar sabar n sabar..pasti ade sinar di penghujung nanti...padaMu ya Allah tempat ku bermohon...jadikanlah aku insan2 yang tidak terlepas dari limpahan kasih sayang Mu ya Allah...limpahan rezeki Mu ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diriku ini..amin..ya rabbal alamin...

pegnen oo pegnen 2

Bila la turn aku nk jadik mama nie?..sob sob sob..i want to be a mommy..coming soon..chayok2 syahida..

ida = mama...abee = abah... & baby

Beshnye time pegnency test ni jadik camni...hihihihi..illustrasi penulis semata2..huhuhu

Sunday, December 5, 2010

Maal Hijrah 1432H

Esok...berakhirnya tahun 1431H..sekejap btol masa berlalu..sedar2 daa setaun..cmne ngn amalan taun ni?..esok daa start buka buku baru..sob sob sob...takotnye raser..


Di sini..saya amek dari petikan 


http://orange4k.com/200912/doa-akhir-tahun-awal-dan-tahun-hijrah/

 

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

doa-akhir-tahun
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

doa-awal-tahun

Saturday, December 4, 2010

pegnen oo pegnen

Alamek..bile mau pegnen nie?..lalala..daa setaun kawen ni..setaun gaks la ida n abee PJJ nie..huhuhu..Ya Allah..dengarlah rintihan hambamu ini..seandainya memiliki anak adalah perkara terbaik utk kami..kurniakan lah kami cahaya mata penyeri rumah tangga kami..amin...

1st January nti birthday abee..beshnye  kalo leh kasik adiah baby kt abee...seronoknye raser...beli stokin baby ke..botol susu baby ke..cakap..abee, u gonna be abah after this..lalala

Monday, November 29, 2010

alhamdulilah 1st anniversary

28 November 2010
Alhamdulilah genap setaun perkahwinan ida n abee...skali ida wat aksi majuk la plak...ida cm kesot ati, abee bz kije..dalam kol 10 lebey tu, ida pon siap2 mandi n balik kuantan..huhuhuhu..sambil mata nanges sebek2..sob sob sob..smpi kt area lemang kijal tu, ida pon msg kt abee...skali abee kol ida...ida daa nanges, hohohohoho...abee daa siap2 beli kek secret recipe kt mesra mall...cian abee..ida raser bersalah giler..huhuhuhu..sori abee..ida pon patah balik...pg mesra mall...
Kemudian ader la aksi merpati dua sejoli yg nanges sebek2...cian abee...huhuhuhu..sori yea abee...pastu balik umah paka..mamam choc indulgence yg besh..cedap2..thanks abee...
Petang tu g berjalan2 kt pantai paka mamam keropok, cucur udang...malam tu g layan citer Ngangkung kt TGV Mesra Mall...ida cinta abee....

Thursday, November 25, 2010

konpius konpius....

Ahaks..akhirnya arini kames jua..muncul jua ari kames nie...esok jumaat..mujur la monthly assembly batal...esok xder monthly assembly,hooray bulih lepak2 n rehat before aku balik kg...skrang ni tgh mikir2..nk amek cuti x 6 disember nie...kalo amek, agak2nya la..Pn S kasik x cuti?...sementelah aku mmg nk bercuti lama setelah abee masok plant dalam 3 minggu nie..sob sob sob...

Pastu td..aku g ULPL...skali ader la CPCM kt cherating..aku try2 la apply..kot2 la bulih...skali balik opis, si Junaidi ni plak cakap..kalo ko ganti orang ke CPCM, ianya xdikira pg CPCM..btol ker????

Tuesday, November 23, 2010

knp buhsan sgt arini??...knp??...

Arini ader miting opis...oleh kerana ader miting, aku pon makan nasik minyak ayam guring yg dibeli oleh Kak Faez seawal yg mungkin...sbb mcm daa bulih agak daa..kompom Pn S akan abeskan miting lewat...dan seperti yang aku jangka...mmg lmbat...n reason dia..oleh kerana arini kelas xder, stdnt bercuti...kita bulih la abeskan miting lmbt cket yea...siap bentang sumer portfolio daa....buhsan2

Pas jer abes miting..aku ngn sonoknya balik opis aku n duduk kt workstation...dgn senyuman lebar...nk connect la intenet...tiba2..teng teng..xleh connect intenet daa...broadband xleh guna..celcom..knp wahai celcom?...kak rin, ina pon sumer xleh nk connect intenet...mujur la wireless opis ni leh guna...ahaks...

Paling xbesh arini adalah....aku xleh cntct abee..last cntct abee aderla sblom aku masok miting td...kiranya daa awal pagi td la..tghari tipon...tp abee xangkat pon..abee kt site lagi kah?...huhuhuhu..windu abee..sob sob sob...kronik2...

Monday, November 22, 2010

Sunday, November 21, 2010

Tangani stress 2

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Latihan Pernafasan
Boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh. Langkah2nya:
  • Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi
  • Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan
  • Tarik nafas perlahan2 melalui hidung sedalam2nya dalam kiraan 10
  • Hembuskan nafas perlahan2 melalui hidung. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.
  • Ulangi langkah2 di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang dan rileks.
  • Akhirnya buka mata perlahan2

Tangani stress

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Urutan Leher dan Bahu
Boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Langkah2 bg orang yg mengurut:
  • Minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yg menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya. (tanggalkan cermin mata jika ada)
  • Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.
  • Gunakan kedua2 tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulang 3 kali.
  • Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali.
  • Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.
  • Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.
  • Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali.
  • Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan.

Saturday, November 20, 2010

20 Nov 2010

Arini abee kije...so aku kebuhsanan yang amat..akhirnya aku merajenkan diri untuk meng"update" rete2 di dalam fridge umah paka..hahahhaha...macam2 khazanah plak bulih jmpe...obat expired...sunquick expired....hahahaha...



p.s// rajen2 kemas frigde...seronok kemas fridge..jmpe macam2..lalala



balik paker..lalala

Petang semalam..pas keje kol 5 aku pon bergegas balik ke Paka...dalam 6 lebey sampai la Paka..smpat la tgk abee men bula kt padang...apsal aku nmpk cam bula yg tgh bergulik2 kt padang tue...hahahahaha..cam keji plak gelak kan abee ni...walau camne pon..aku nak gelak jugak..hahahHAHAHAhahahahhahahAHHAHAHAHAAahahahha...sebijik bola besar yg sedang bergolek2 di padang bola...hahahahhaahhahahahahahahahahahahahahahahHAHAHAHHAhaha

Tomei nye abee yg tgh kejor2 bola tue..ahaks...cute ajer...hikhikhik..

Friday, November 19, 2010

Dream A Dream...

 Dream a Dream by Charlotte Church n Billy Gilman

When the night is still
And the sea is calm
Lonely shadow, you fall upon me


Lay by my side
Fear not tonight
Lonely shadow, you’ll find a new light


Dream a dream
And see through angel’s eyes
A place where we can fly away


Ride with me upon a shining star,
Above the moonlit sky
We will find Elysium

Hear the nightingale
Sing a lullaby
Lonely shadow, you’ll find a new light

Dawn will be kind,
All will be bright,
Lonely shadow, rise from the darkness

Dream a dream
And see through Angels' eyes
A place where we can fly away

Ride with me upon a shining star
Above the moonlit sky once more

Dream a dream
And see through Angels' eyes
A place where we can fly away

Dream a dream
And see through Angels' eyes
A place where we can fly away

Elysium

Charlotte Church / Billy Gilman - Dream a Dream

12 ciri membina hubungan berkualiti

Petikan : Psikologi Perkahwinan, Mingguan Wanita,Nov 2009, Bil 1357, ms 60-61

Terdapat beberapa perkara dalam membina sesuatu hubungan. Untuk mencapai hubungan berkualiti, menurut petikan ini, 12 ciri nya adalah:
  1. Layanan istimewa ---- suami adalah ketua keluarga, justeru anda harus memberikannya layanan yang istimewa kepadanya. Ida suka masak tatkala abee ader kt umah. besh sangat masak2 bile abee ader...masak nasik ayam, nasik lemak..nasik jagung..wat puding..ader skali tu, abee x jadik balik, ida kasik sumer puding triffle kt jiran2, hahahahahahhaha....macam budak2..
  2. Komunikasi Intensif ---- sekarang ni komunikasi canggih manggih...hikhikhik....guna segala kemudahan komunikasi ni untuk membina hubungan berkualiti. ida suker sgt sms n koling2 abee nie..hahahhaha...besh btol kaco abee, kene plak time dia kije..utk peringatan sumer, kadang2 jer leh kaco time keje...kang x pasal kene marah...lalalala
  3. Ungkapan cinta yang ikhlas ---- kene la ikhlas ucap..i love u..i miss u..bukan ucapan maser berchenta ajer..pas kawen daa beranak pinak ucapan ni la yang sgt sweet utk didengar nie...kan kan kan..btol x?..
  4. Fahami sikap pasangan ---- ni mmg penting...kene paham la situasi yg sedang dihadapinya...either tgh ader pblm ker...bz kije ker...pastu aper peberet abee...mmg besh...peberet abee?...hurm hurm hurm..lalala...love u abee...
  5. Jangan terlalu berkira ----- xmo la berkira sgt...daa jadik laki bini kang..kene la tolak ansur..ingat pesan mama tu...tolak ansur la cket2...baru senang nk bahagia...
  6. Hubungan keluarga yang baik ---- kene jaga la hubungan dengan keluarga yang lain..ngn adik beradik...perkara penting kt sini...jaga la ati keluarga kedua2 belah pihak..kene adil n sama rata la...
  7. Jujur dan jadilah diri sendiri --- jadik diri sendiri..be urself...i love u because of urself..ayat abee untuk ida nie....abee mmg la jujur...jujur bendul terlajak pon ader gaks ketika tertentu tue...lalalala..peace abee
  8. Jaga emosi ---- haaa, abee paling taw kalo ida nk majuk ke nak marah ker..besh arr abee nie...ida mmg suker bebeno kaco abee nie..ida kaco abee, tp alih2 ida plak yang majuk..ader ke logik camtu?....hahahhaahhaha
  9. Selesaikan masalah dengan cepat ---- ini betol...cuba la selesaikan seberapa segera yang mungkin..kalo lambat2 nti luka jadik nanah..bahyer woooo...jadik cam orang diebetes nti kang...xpasal2 kene potong kaki..huhuhhuhuhuhu
  10. Jaga kesetiaan ---- setia...setia la pada segalanya...
  11. Jangan mengawal perhubungan ---- makna katenye..xmo la conquer segala nya...keep on sharing...sharing is caring...lalalala...biar seimbang la...kalo abee pandai masak sup, ida blaja la dari abee...bulih x abee?...lalalala
  12. Lakukan perkara yang membahagiakan --- lakukan aktiviti yang membahagiakan bersama2..ida abee n baby...hihihihihi...g jalan2..tgk wayang...tp kalo tgk wayang bulih ker bawak baby?..kalo baby dalam peyot lagi xper la...kalo ader baby nti, kita bawak ajer baby masuk wayang yea abee..kasik puting,kasik susu..dia pon titon dalam wayang..hihiihiihi
IDA CINTA ABEE...
SEMOGA CINTA KITA BERSEMI HINGGA KE AKHIRAT SANA..AMIN..... 


Thursday, November 18, 2010

di opis pada hari raya haji kedua

Hahahahahha...tanpa aku sedari..rupa2nye seronok kt opis aku ni kalo sorang2..ingatkan buhsan giler..skali hepi daa...btol ni..bulih nyanyi2...cakap tipon kuat2...hahahahahahaha

dan secara tidak langsung telah memberikan aku peluang n ruang utk melayan blog...biasalaa..blog ni aku kan budak baru blaja lagi nieh..hikhikhik...sambil2 layan lagu dancing queen by Abba kt youtube plak nie...hihihihi..

waahhhh...ngerinye..tetiba ajer KJ aku, Pn S datang buka pintu senyap2...daa la aku memekak ngan lagu Abba ni..kaco mood btol la dia nie...

Harry Potter and the Deathly Hallows Trailer Official HD



layan dak heri potter n rakan2 ni yea...

Celine Dion - Power of Love

11 zulhijjah 1431 H

11 Zulhijjah 1431 H

Hari ni genap la setaun tahun Hijriah..ida n abee kawen..alhamdullilah...bulan gregory nya...28 nov 2010...

Abee..alhmdulilah..setahun sudah..so lucky having as my hubby, friend, partnership..soulmate ever...


The Power of Love celine dion

The whispers in the morning
Of lovers sleeping tight
Are rolling like thunder now
As I look in your eyes
I hold on to your body
And feel each move you make
Your voice is warm and tender
A love that I could not forsake

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

Lost is how I'm feeling, lying in your arms
When the world outside's too
Much to take
That all ends when I'm with you
Even though there may be times
It seems I'm far away
Never wonder where I am
'Cause I am always by your side

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love

The sound of your heart beating
Made it clear
Suddenly the feeling that I can't go on
Is light years away

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love
  

layan heri potter 7 di hari raya aidiladha

Akhirnya dak heri potter kuo jgk kt wayang..deathly hollows..aku tmpah tiket awal2..hikhikhik
seronok tol..layan kt gsc east coast mall kuantan...lalalala...ini la kesan2 orang yang xleh balik berhari raya...

kali ni..heri potter berjuang tnpa dumbledore...tp watak aku paling gemor...pat2 teka saper dia..yang tinggi2..yg besor2 tue...hagrid..watak dari mula2 citer heri potter nie...

http://www.gsc.com.my/RD1/ns2.asp?search=harrypotter7deathlyhallows


kepada penggemar wayang...
leh la rgstr kt gsc online yea..senang nk booking n reserve tiket..ahaks

selamat hari raya aidiladha

semalam aidiladha disambut dgn meriahnya...

tp aku smbut ngn abee kt umah ajer..x balik kg daa..sob sob sob...sbbnye abee kije..hukhukhuk

aktiviti aku di hari raya aidiladha...

1. masak nasik jagung..nyum nyum nyum
menu nye: nasi jagung..daging guring merah..daging panggang lada hitam..sotong celup tepung n sayur coleslow...cedap2....

2. layan citer Heri Potter 7...bulih la tahan..cuma x sabow tggu ending dia ajer daa..
next year..bulan Jun..

3. petang..tido x hengat donia..

4. malam..wat mee rebus yg pedas...terlebey cili padi la plak..pedas2..sambil2 layan citer troy kt astro...hikhikhik

5. pastu tetiba dapat idea nk g mamam eskerem kt mc d...aku n abee ngan sonoknya ke mcd telok chempedak...beli eskerem..cornetto mcflurry choco...nyum nyum nyum..mane x naek nye badan aku nieh...hahahahaha

Tuesday, November 16, 2010

16 nov...sehari before raya aji

hihihihi..aku masih kt opis nie...n tetap x apply cuti..tabah btol...hahhaahahahaha..kagom2...
xleh nk imagine camne la ari kames n jumaat nie..sumer bercuti nie..lalalala..

Monday, November 15, 2010

raya oo raya

arini Isnin...15 nov...
dak2 opis daa pakat amek cuti daa..aku ajer yg x cutinye..kesnye..mcm2 kes la yg membuatkan aku xleh amek cuti..hohohohohooho..
kes pertama...cuti aku mmg xder daa, tinggal lagi 2 ari jer woiii...
kes kedua...abee kene keje time cuti nie..abee keje dari 18 nov smpi la 4 dis
perkara yang membuatkan aku nk balik:
perkara 1: hari raya tue..xkan xnak balik kot
perkara 2: ada majlis tahlil kt umah bukit besor...
perkara 3: kak long satu famili balik tganu...huhuhuhu...

tetapi...kes pertama menyebabkan aku mmg xleh balik raya..uwaaa..uwaa..uwaa..

cara mengatasi nya adalah....treng teng teng..kurangkan amek cuti tahunan utk taun depan..save cuti utk perkara penting ajer...hahahaha...JPPKK..kasik ajer la aku ni trnsfr ke poli dungun..kompom aku leh jimat cuti..terutama cuti ari jumaat...

Sunday, November 14, 2010

kekasihku azizi firdaus






Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

-----@***@-----

( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

bee...love u my dear

ida cinta jiji



Cinta Ini..siti nurhaliza

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

i love u



EVERYDAY I LOVE YOU - Boyzone

I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you

I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am

Everyday I love you

Everyday I love you

Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you

And I'll give you my best
Everyday I love you

14 nov 2010

ruper2 daa lamer x buke blog ni..huhuhuhu...result tuko aritu batal..kene apply baru..aku tetap apply baru..xtaw la result terbaru..aku xmo berharap sangat..nti kuciwa lagi.....

cam pegnen tu..dua kali daa aku turun darah..ari tu bulan januari..kali kedua oktober baru ni..maser tu aku ader exam PTK kt the legend cherating..ahaks..skarang ni..aku ader amek provera..doc kt OnG spital kemaman kasik..kasik utk 3 cycle..xtaw la efek camne plak pasni...kalo pegnen..kira bertuah la..sbbnye..dalam dua minggu lagi..genap la setaun aku kawen ngn abee..

Monday, May 10, 2010

KIPA

baru2 ni..sblom ke KIPA..aku n jiji melepak2 diri kt Janda Baik, Bentong...sblom ke sana..sebenanye x plan pon..ianya bermula...pada pagi sabtu tu..mangun2..siap2..pastu singgah mamam kt restoran zam zam..mamam nasi lemak besh kt situ..pastu troskan perjalanan..pastu..my darling masuk exit maran..sajer2 nk singgah kt bandar jengka..mula2 ingat jiji memain ajer...skali btol daa...ahaks...kami lalu jalan yg melalui kuil aper ntah..luper plak..pastu smpi la kt bndr jengka...g jmpe awi tenku jap..pastu lunch kt sana..skali..aku realize..aku tertinggal telekung smyg kt kuaters...huhuhu..beli telekung baru kt jengka..hihihi...sayang bawak ida lalu kt Alps..alamek..jeles daa..tp wat2 slumber ajer..hohoho..argh tidak2...pastu balik ke highway..lalu plak jengka 14..tp at least xder la aku tarek muncung sedepa..hihihi..cntrol2..lalala
Pastu troskan perjalanan..benti solat zuhur kt hentian temerloh..troskan perjalanan...smpi la kt janda baek..hentam ajer nk carik resortnyer..skali dapat la stay kt Kobaik Chalet..orite la..rm100 satu malam..bilik plak besh..tp sungai daa..hihihi..smpi2 ajer..x sabo2 aku n jiji lompat mandi sungai..berendam smpi la cejuk2...actually..ni kiranye honeymoon kami la secara x langsung nye..hihihihi..lawak2..xplan pon...skali jadik honeymoon..besh2
aRI Ahad tu..9 mei..smpi la maser nk kene rgstr kt IAB..huhuhuhu..xbesh2...x sonok..nti xleh jmpe sayang utk 16 ari woo..cedey2...kol 12 lebey..check out...on the way tuwun tu...siap bergmbo kt Hutan Konifer..ahaks..kol 1 lebey..mamam kt Genting Sempah ngn farid n her hubby...by 2 pm..kami pon selamat la mergsrt kt IAB ni..kol 3 lebey..bee balik dungun..huhuhuhuhuhuhuhu..MISS U MY DARLING>>>

Sunday, April 11, 2010

keserabutan emosi

waaa..skarang ni..kekadang tu cepat sgt sensitifnya..huhuhuhu...buhsan sgt rasernya..cepat nk marah..maybe kesan2 x period kot..tu yg emosi x stabil tu..huhuhuhu...saat2 mcm ni la raser nk dok dekat jer ngn hubby..tp hubby jauh...nk tuwn paker hari2 mane larat..huuhuhuhu....
so sad so sad so sad...:((
raser cedey ngat..chayok2 syahida...nk kuatkan ati..ckp la..ala..bawu 5 bulan kawen..rileks arr..huhuhuhu...bukan senang nk tros lekat dapat baby..kalo skali petik jari tros dapat xper la jugak....beshnye..kalo pegnan kan..sure jiji hepi...sure besh ni...cian kt jijie..sowi yea sayang...chayok2 syahida...stress pon leh wat gangguan hormon jugak...syahida..owang len ader jer bertahun2 x dapat baby...kamu bawu 5 bulan..sabo yea syahida...dont give up.....
susah nye bile daa patah semangat nie...setiap yg terjadi ader hikmahnye...kita merancang,tp tuhan menentukan segalanye...harap2 ader la good news pasni...

april 2010

ntah la kenapa...sejak dua menjak ni kan..aku kuciwa kot ni..gangguan emosi kot skali...yer la..dua bulan lebey x period..skali check x pegnan pon...UPT pon negatif..cuma yg last skali wat before g farabi tu nmpk cam blurr2..huhuhu..last2 doc kasi obat hormon..termasuk ari ni..daa 3 ari mamam..doc cakap..pas mamam obat ni..pas 2 3 ari period la..insya Allah..
bila la agaknya aku nk dapat baby nie?..rileks2...setiap yg berlaku pasti ader hikmahnye kan..tp kesabaran tu kadang kala tergugat...sbb pengaruh persekitaran tinggi..dok tnye..daa pegnan..tgh plan ke..bla2...
oh buhsannye...huhuhuhuhuhuhuhu

april 2010

still waiting n waiting...

skarang ni daa 11 april 2009..bawu2 ni..last week..aku g check kt farabi..nk check pegnan or x..sbb daa dua bulan lebey x period..wt UPT negatif..huhuhuhu..check2..doc pon scan..mmg x nmpk aper..rahim bese jer..doc cakap mcam nk period..tp xperiod..doc suwuh aku tuwunkan berat badan nie..yer la..PCOS kot nie..doc kasi obat hormon..jumaat bawu ni bawu try mamam obat nk kasik period ni..huhuhuhu...
gtaw kt mama..skali mama cakap xyah mamam obat lagi..try berobat kg dulu..g la jmpe kak zan...buka2 mane yg tersekat tu..pas2 bawu la mamam obat tu...
akhir bulan ni..daa masuk 5 bulan aku kawen..huhuhuhu...owang keliling cam bese la..dok nanye la..dah ader ke belum..what should i say?...kebarangkalian sbb sukar nk pegnant:
1. aku gemuk kot..pertambahan berat badan mendadak pas kawen,hahahaha
2. frekuensi bersama suami..yer la...laling kt paka, aku kt kuantan..jmpe weekend ajer..
3. x period daa dekat2 3 bulan ni..last period 15 jan 2010..ni yg x taw biler ovulasi ni..

so..how to overcome this pblm...
1. makan obat hormon..xtaw doc kasik obat jenis aper ni..kene kol farabi tnye doc smula
2. mamam epo..asid folik smula..dulu2 amek..pastu stop
3. jaga kesihatan
4. bykan exercise

harap2 sgt leh transfer ke dungun..poli dungun..harapan berbunga2..harap2 biler duduk skali ngn hubby..senang n dimudahkan rezki utk dapat baby..amin...

Wednesday, March 24, 2010

tukow poli??

Arini..berjaya jugak aku setel kan borang online utk tuko poli..sonoknye raser..amin...hiiihihihi...harap2 dapat la aku tuko poli ni...

Friday, March 19, 2010

sebenonye..daa lamer teringin nk ader blog ni..last2 arini tercapai jugak la citer2 aku nk ader blog nie...hahahahaha...mmg hobi aku menulis pon nie..name lagi chekgi...even marking paper stdnt x siap2 agi....tetap nak layan fb..layan fs...layan blog2 nie..hepi sebenarnyer..hahahaha

nk share aper lagi yea utk permulaa nie yea..mula2 kasik salam dulu..name saya syahida..ahaks..skarang ni keje kt polisas..sedang bercita2 utk ke poli dungun..sementelah my hubby keje kt paker..love u so much hubby..muahks22...hahaha...

baru ajer kawen last year...28 nov 2009...tarikh keramat tue..tgh pikir2 ni...nk wat label byk2 nie..kiranye cam 5s gaks la nie...
i)my love live a.k.a my diary...
ii) my family
iii) my opis aka my pren...
byk2 lgi la nk citer ni...lalalala....

cuti seminggu..12 mac-21 mac

hihihihi...lamer woo cuti ni...mcm mane nk mula citer ni?..cam byk ajer nk share nie..hihihihi..xper la..utk mula2..testing ajer dulu..hihihihihi