Ida dan Jijie

Walaupon hidup penuh cabaran...kita harus tabah menghadapinya

Sunday, July 3, 2011

Gout

Ida raser2 la..dari2 artikel yg dibaca...dan juga didengari...sebenarnya..dalam byk2 tu...yg terbaik aderlah.. 
  1. minum air dengan secukupnya untuk menyingkirkan asid urik....
  2. makan buahan beri..sperti ceri...stoberi...
  3. lakukan exercises yg sepatutnya untuk mengurangkan berat badan
Cubalah amalkan..sesunggahnya penyakit utk penghapus dosa...Dan Allah maha menyembuh segala penyakit...

Home Remedies For Gout

Gout Remedies

Gout Natural Cures That Work - 5 Easy Steps

Abee shayer kene gout

Arini..daa masuk seminggu abee bengkak kaki...ari kames last week pegi inject kaki abee kt Hospital Dungun...huhuhuhu...balik teganu, ingatkan abee nk g check kt Klinik Md Ramly...last2 arini baru g klinik..Klinik Habibah n Zam, Paka...doc check2..last2 kene gout..tggi woo..624 m/g
Balik opis..kami pon sibuk la mencari artikel mengenai gout...
Nie ader sy amek artikel dari diet gen five...

Thursday, December 3, 2009

Diet Untuk Pesakit Gout


Makanan mengandungi purin dan metabolismanya akan menghasilkan asid uric dalam darah. Jika terdapat gangguan ke atas proses metabolism purin, pengumpulan asid uric yang tinggi dalam air kencing akan mengakibatkan batu karang. Asid urik akan berkumpul di sendi-sendi dan menyebabkan penyakit gout. Aras asid uric yang normal di dalam darah kita adalah kurang daripada (340umol/L)

Pemakanan yang asid uric yang berlebihan akan menyebabkan penyakit gout atau penyakit 'hyperuricaemia'

Jenis Diet yang diperlukan:

· Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi perlu dielakkan

· Kuantiti dan kekerapan makanan yang tinggi nilai purin dimakan setiap kali akan menentukan jumlah kuantiti purin yang diambil


Jenis Makanan yang mempunyai kadar purin yang tinggi:

1) Protein - Hati, jantung, hempedal, otak, daging, ikan bilis, ikan sardin, ketam

2) Kekacang - Kacang soya, kacang dhal, tempeh, tauhu

3) Bijirin - Oat, bijirin sarapan pagi, roti

4) Sayur-sayuran - Bunga kobis, bayam, cendawan, asparagus, ovacado

Selain mengawal makanan yang mengandungi purin yang tinggi, pesakit juga perlu mengawal berat badan, minum air yang banyak, sekurang-kurang 8 gelas sehari untuk mengkumuhkan asid urik dan elakkan daripada mengambil alkohol. Ini kerana alkohol boleh meningkatkan asid urik dalam badan.